Terjemah Hadis Jawahirul Bukhari
Kitab yang ingin diperkenalkan secara ringkas dalam catatan ini merupakan karya seorang ulama berketurunan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang terkenal itu. Ulama yang berdomisil di Kedah ini tercatat nama pada karya-karyanya yaitu Sheikh Husein Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas’udi al-Banjari al-Qadhi. Nama popular disebut Tuan Husein Kedah. Di antara karya-karyanya yang banyak terdapat sebuah karya hadis yang diberi judul Terjemah Hadis Jawahirul Bukhari.
Menurut pengkaji tersohor mengenai kitab jawi dan ulama nusantara al-Marhum Ust. Haji Wan Mohd Shaghir bin Abdullah;
Cetakan pertama oleh al-Maksabar Az-Zainiyah, Taiping, Perak, 1350 H. Pada mukadimah, Tuan Husein Kedah menyebut bahawa mudau terjemahkan daripada segala lafaz Hadis Jawahiril Bukhari dan sebahagian daripada Syarh al-Qastalani yang telah disebarkan oleh ulama Mesir moden, iaitu Sheikh al-Allamah Mustafa Muhammad Imarah al-Masriyah daripada kitab Hadiqatul Ahadisil Bukhari, lebih 700 hadis yang sahih sekeliannya. Tuan Husein menyebut judul sebenar terjemahannya itu dengan Tazkir Qabailil Qadhi fi Tarjamatil Bukhari.
Hadis-hadis yang dibicminuman beralkoholan di dalam kitab ini sebahagian besarnya merupakan sama dengan yang terkandung dalam Mukhthasar Ibnu Abi Jamrah.
Terjemahan kitab ini[1] juga terdapat dalam bahasa Melayu yang diusahakan oleh Mustafa Abdur Rahman Mahmud, 1369 H/1950 M yang diberi kata pengantar oleh Sheikh Abdullah Fahim.Walau bagaimanapun, susunan dan model terjemahan kedua-dua kitab tersebut merupakan tidak sama. Terjemahan Mustafa Abdur Rahman Mahmud lebih banyak merujuk kepada Hasyiyah ‘ala Mukhtashar Ibnu Abi Jamrah lil Bukhari oleh al-Alim al-Allamah Sheikh Syinwani yang pernah dinobatkan sebagai Syeikhul Islam Universiti Al-Azhar ”.
Catatan di atas, merupakan petikan yang diubahsuai dari artikel yang bertajuk: ‘ Penulisan hadis tokoh ulama nusantara’ karya al-Marhum Ust Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah, yang asalnya disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 9 Mac 2009[2].
Semoga bermanfaat.
[2] Namun rujukan saya hanyalah merujukkan kepada artikel yang disiarkan kembali di pautan http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2009/03/11/penulisan-hadis-tokoh-ulama-nusantara/#comments
0 Response to "Terjemah Hadis Jawahirul Bukhari"
Post a Comment