-->

Kitab al-Arba'in fi Ushul al-Din

 
Kitab al-Arba'in Fi Ushul al-Din merupakan karya agung Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali (450-505H), selepas kitabnya yang terkenal ‘Ihya' Ulumiddin’.

Sebenarnya sudah lama saya mencari kitab ini, khususnya kitab terjemahan lengkapnya. aku mula mengenali judul kitab ini ketika belajar di sekolah menengah lagi, iaitu membaca karya guru saya al-Fadhil al-Ustaz Abdullah al-Qari melalui karya terjemahannya yang berjudul ‘Dasar-Dasar Kepercayaan Islam’. Iaitu terjemahan bahagian pertama daripada kitab al-Arba’in. Insya Allah saya akan paparkan pengenalan ringkas buku tersebut di catatan yang lain.
 
Terdapat dua edisi terjemahan kitab al-Arba’in fi Ushuluddin yang diterbitkan di Malaysia (setakat pengetahuan saya ketika ini), iaitu;
  1. 40 Prinsip Agama penyucian rohani untuk meraih akhlak terpuji, terbitan al-Hidayah.  
      Jumlah halaman:386 halaman.
  2. Jalan Pintas Meraih Hidayah (40 Prinsip Agama), terbitan Pelima Media Sdn Bhd.
      Jumlah halaman:286 halaman.
 
Kandungan kitab
 
Di dalam kitab ini dihuraikan  secara terperinci 40 prinsip agama agar masybirat dapat memahami kunci-kunci kebahagian dalam lapangan ilmu dan amal. Kata al-Ghazali; “Segala amalan itu terbahagi kepada amalan lahir dan amalan batin. Manakala amalan batin itu terbahagi pula kepada penyucian dan penghiasan”.
 
Berikut merupakan isi kandungan kitab al-Arba'in Fil Ushul al-Din yang mengandungi 40 Prinsip Agama yang dikupas secara terperinci oleh Imam Al-Ghazali.
 
Bahagian Pertama : 10 Prinsip Ilmu
ü  Zat, Penyucian, Kuasa, Ilmu, Kehendak, Maha Mendengar dan Maha Melihat, Maha berfirman, Tentang Perbuatan-perbuatan, Hari Akhirat, Kenabian.
ü  Tentang kitab-kitab yang dianjurkan untuk dipelajari berkenaan akidah.
 
Bahagian Kedua : 10 Prinsip Amal Lahiriah
ü  Solat, Zakat dan Sedekah, Puasa, Haji, Membaca al-Quran, Berzikir kepada Allah S5tiap Masa, Mencari (rezeki) yang Halal, Menegakkan Hak-hak Kaum Muslim dan Pergaulan Baik dengan Mereka, Amr bil-Makruf dan Nahy anil-Munkar, Mengikut Sunnah.
ü  Penutup : Tentang Urutan Wirid dan Memerhatikan Sepuluh Masalah.
 
Bahagian Ketiga : Membersihkan Hati dari Akhlak yang Tercela
ü  Banyak Makan, Banyak Berbicara, Marah, Hasad, Kedekut dan Mencintai Harta, Gila Pangkat, Cinta Dunia, Sombong, Bangga Diri, Riya.
ü  Penutup Tentang Seluruh Akhlak dan Tempat-tempat penipuan di dalamnya.
 
Bahagian Keempat : Tentang 10 Prinsip Akhlak Terpuji
ü  Taubat, Khauf (tsayat), Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas dan Benar, Tawakal, Cinta, Reda dengan Ketentuan Allah, Mengingati Mati dan Hakikatnya serta Bahagian-bahagian yang Bersifat Rohaniah.
ü  Penutup Tentang Bimbingan Jiwa.

0 Response to "Kitab al-Arba'in fi Ushul al-Din"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel