-->

Matan Abu Syujaa'


Matan al-Ghayah wa al-Taqrib atau Matan Abi Syujaa’ karya al-Imam Abu Syuja’ Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Ashfahani merupakan ringkasan fiqh mazhab Syafi’i yang terkenal. Al-Azhar telah menjsaudara termudaan kitab al-Iqna’ fi Hall Alfadzh Abi Syuja’ karangan al-Imam al-Khathib al-Syirbini yang merupakan syarah kepada Matan Abi Syuja’ tadi sebagai sukatan pelajaran bagi pelajar peringkat sekolah.

al-Imam Abu Syuja’ telah mempelajari mazhab Syafi’i lebih dari 40 tahun. al-Imam al-Silfi berkata: mudau merupakan antara orang-orang yang tunggal (dari segi kehebatan, kepandaian, ketokohan, dan sebagainya) pada zamannya. Abu Syuja’ telah diberi umur yang panjang sehinggakan al-‘Allamah al-Dairabi pun mengatakan bahawa mudau pernah hidup selama 160 tahun. Beliau meninggal di al-Madinah al-Munawwarah pada tahun 593 Hijrah.

Matan Abi Syuja’ telah disyarah oleh ramai ulama. Antaranya:

- Al-Imam Abu Bakr bin Muhammad al-Hushni (829 H) dengan kitab Kifayah al-Akhyar
- Al-Imam Ahmad al-Akhshashi (889 H); Syarh Mukhtahsar Abi Syuja’
- Al-Imam Muhammad bin Qasim al-Ghazzi (918 H); Fath al-Qarib al-Mujib
- Al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Manufi (931 H); al-Iqna’
- Al-Imam Waliyy al-Din al-Bashir (972 H); al-Nihayah fi Syarh al-Ghayah
- Al-Imam al-Khathib al-Syarbini; telah disebutkan
- Al-Imam Ahmad bin al-Qasim al-‘Abbadi (994 H); Kasyf al-Ghaffar bi Kasyf Mukhabba’at Ghayah al-Ikhtishar.

Rujukan: pendahuluan Mukhtahsar Abi Syuja’ al-Musamma Matan al-Ghayah wa al-Taqrib fi al-Fiqh al-Syafi’i oleh al-Imam Abu Syuja’, cetakan ketiga, tahun 1428H/2007M, Dar al-Salam, Mesir.



Link berkaitan:

1. Huraian Matan Abu Syujaa' oleh al-Ustadz Dr. K.H. Mohamad Najib Amin (Audio):

     http://archive.org/details/KajianFiqihKitabAl-ghayahWaAl-taqribMatanAbiSyuja
     atau
  matan kitab
    b.  tadzhib matan

0 Response to "Matan Abu Syujaa'"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel