Fath al-Jawad bi Syarh al-Irsyad
Kitab Fath al-Jawad bi Syarh al-Irsyad (فتح الجواد بشرح الإرشاد) merupakan salah satu kitab-kitab fiqh karya al-Shaykh Ibn Hajar al-Haytami yang terkenal. Fath al-Jawad merupakan ringkasan kitab al-Imdad bi Syarh al-Irsyad yang juga merupakan karya mudau. Kedua-dua kitab ini merupakan huraian (syarh) kepada kitab al-Irsyad karya al-Imam Isma‘il bin Abi Bakr Ibn al-Muqri al-Yamani (837H). Fath al-Jawad 'ala Syarh al-Irshad merupakan sebuah penulisan fiqh yang dikarang dengan susunan-susunan topik yang menarik dan mendapat sambutan yang baik terutamanya di Yaman.
Terdapat dua hasyiah bagi kitab ini, iaitu hasyiah yang dilkamikan oleh Ibn Hajar al-Haytami sendiri dan Hasyiah al-‘Allamah al-‘Uqaybi al-Yamani. al-Imam ‘Abd Allah Ba Qushayr (1076H) telah mencuba melkamikan ringkasan terhadap kitab ini tetapi mudau tidak dapat menyelesaikan usahanya itu. Fath al-Jawad 'ala Syarh al-Irshad ini berada di tangga yang kedua selepas Tuhfah al-Muhtaj Bi Syarh al-Minhaj untuk dimuktamadkan pandangan-pandangan di dalamnya jikalau berlkami percanggahan pandangan mudau dalam karangan-karangan fiqhnya.
Semoga bermanfaat.
0 Response to "Fath al-Jawad bi Syarh al-Irsyad"
Post a Comment