Fath al-Wahhab bi Syarh Manhaj Thullab
Kitab Fath al-Wahhab bi Syarh Manhaj al-Thullab merupakan karya Shaykh al-Islam Abu Yahya Zakariyya al-Anshari (826-926H). Ia merupakan syarah (huraian) Shaykh Abu Yahya Zakariyya al-Anshari terhadap kitab Manhaj Thullab, iaitu hasil karyanya sendiri. Kitab Manhaj al-Thullab tersebut pula merupakan hasil ringkasannya tehadap kitab Minhaj al-Thullab karya al-Imam Muhyiddin al-Nawawi.
Kitab Fath al-Wahhab ini telah diberikan komentar (hasyiah) oleh beberapa orang ulama terkemudiannya, antaranya;
i. al-Shaykh Sulayman bin ‘Umar bin Muhammad al-Bujayrimi telah melsayakan komentar (hasyiah) ke atas kitab ini dengan judul komentarnya al-Tajrid Li Naf‘ al-‘Abid.
ii. al-Shaykh Sulayman b. ‘Umar bin. Mansur al-‘Ujayli al-Misri al-Syafi‘i (1204H) dengan komentarnya berjudul Futuhaat al-Wahhab bi Tawdhih Syarh Minhaj al-Thullab atau dikenali dengan Hasyiah al-Jamal ‘Ala Syarh al-Manhaj.
Kitab ini boleh didownload di pautan berikut: http://www.waqfeya.com/book.php?bid=7137
0 Response to "Fath al-Wahhab bi Syarh Manhaj Thullab"
Post a Comment