Kitab al-Muntaqa min Akhbar Mustafa

Kitab al-Muntaqa ini mengandungi 5029 hadits yang menjadi sumber hukum-hukum fiqh. Ia disusun sesuai mengikut tertib bab-bab pembahasan fiqh, dengan mencantumkan nama-nama ulama yang mengeluarkannya tanpa menterangkan darjat atau status hadits tersebut.
Selain judul di atas, Kitab al-Muntaqa ini telah diterbitkan dengan beberapa judul, antaranya;
1. Muntaqa al-Akhbar min Ahadits Sayyid al-Akhyar
2. al-Muntaqa fi al-Ahkam al-Syar'iyyah min Kalam Khair al-Bariyyah saw
Ramai para Ulama yang menghuraikan (mensyarah) kitab ini, antaranya;
- al-Imam Muhammad bin Ahmad bin Abdul Hadi Al-Maqdisi wafat tahun 744 H.
- al-Allamah Sirajuddin Umar bin Ali bin al-Mulaqqin wafat tahun 804 H, akan tetapi mudau tidak sempat menyelesaikan syarahnya.
- Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhsin al-Qadhi al-Hanbali wafat tahun 771 H. Namun mudau juga tidak sempat menyempurnakan syarahnya.
- al-Qadhi Muhammad bin ‘Ali al-Syaukani wafat tahun 1255H. Karya mudau berjudul Nailul Authar Syarh Muntaqa al-Akhbâr. Imam Syaukani dalam Syarahnya banyak mengambil metod dan meringkas maknanya dari kitab Fathul Bâri Syarh Shahih al-Bukhari, iaitu karya al-hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam masalah Fiqhiyyah. Juga dalam meringkas takhrij hadits cukup bagus dan baik.
- Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin mensyarah juz pertama dari kitab al-Muntaqa iaitu hingga masalah Jâmi’ Ad’iya` manshushun ‘Alaiha Fi ash-Shalat dan telah dicetak tahun 1426 H oleh Dâr Al-Muhaddits.
0 Response to "Kitab al-Muntaqa min Akhbar Mustafa"
Post a Comment