-->

Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifah Ma'ani Alfaz al-Minhaj



Kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj (مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج) merupakan salah satu karya fiqh al-Shaykh Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Khathib al-Syarbini (977H) yang terkenal. Kitab Mughni al-Muhtaj ini merupakan huraian (syarah) bagi kitab Minhaj al-Thalibin (منهاج الطالبين) karya Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).

Kitab Mughni al-Muhtaj ini mendapat sambutan yang mengalakkan untuk dipelajari dan dirujuk monyetna pengarang menggunakan bahasa yang mudah serta membahaskan satu-satu topik itu dengan menarik. Pandangan-pandangan  fiqh mudau merupakan antara yang muktamad dalam mazhab Syafi‘i. Namun begitu, pandangan-pandangan mudau ini dikira muktamad untuk difatwakan jikalau sekiranya sesuatu masalah itu tidak disentuh dalam karya-karya al-Imam Ibn Hajar al-Haytami, al-Imam Syams al-Din al-Ramli dan al-Shaykh Zakariyya al-Ansari.

Sekadar maklumat yang diperolehi, kitab Mughni al-Muhtaj ini mempunyai dua kitab hasyiahnya, iaitu;
a) Hasyiah ‘ala Mughni al-Muhtaj (حاشية على مغني المحتاج), karya Imam Syamsuddin  Muhammad al-Syarbini al-Khathib sendiri.
b) Hasyiah ‘ala Mughni al-Muhtaj (حاشية على مغني المحتاج), karya Syaikh ‘Umar Bajanid, Mufti Mazhab Syafi’i di Makkah pada zamannya.

Kitab ini boleh didownload di pautan berikut:  http://www.waqfeya.com/book.php?bid=1134

Semoga bermanfaat.


0 Response to "Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifah Ma'ani Alfaz al-Minhaj"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel